Friday, August 30, 2013

Saya Kagum .

No comments:
Assalamualaikum . 
Bismillah :)

Kagum pada masa yang sama rasa hina . Lepas baca blog Atik , tiba tiba rasa panas badan . Tergamam .Pergi dapur , teguk air . Panas lagi . Menggigil . Nasib semua dah tidur . Allah saja yang tahu . 

Entah , padahal sekarang nie pukul 12 . 31 Ogos 2013 . Merdeka . Ya merdeka . Tapi aku still berperang mencari mana yang betul mana yang salah . Malam nie , penjelasan diberikan . Clear . Jelas . Aku dah nampak . Blur . Tak mampu nak fikir . Taip sajalah .

 Direct untuk atik , 
Berlatarkan lagu when i miss you yang awak suruh saya dengar . Sekarang saya lebarkan bahu saya untuk kepala awak . Hanya kepala awak . Tieq, Friendship kita bukan sekadar kawan sekelas lah , lebih daripada best friend sampai saya tak tau nak panggil apa . Saya tak tahu nak kategorikan kawan kawan macam awak, alya , mirah and faqihah , mimi , wani macam mana . best friend bagi saya terlalu common sebab there's no word can describe how awesome our friendships are and how extra special u guys in my heart . 




And tieq , after awak cakap pasal gelang . Saya tengok gelang nie . Mangga tu berlubang kat tengah , mungkin macam tu kut keadaan hati awak sekarang . Sebab saya mungkin . Tapi saya takde kunci dia untuk penuhkan ruang kosong tu . So , bukan saya yang boleh buat awak happy walaupun saya dah cuba . Mungkin yang lain , mungkin Alya, mungkin Faqie , mungkin Mir . 

 *awak invite mir, qhiah, aya.. dan ada di antara dorangs just buang masa kat sana dan korangs b'hepi", tapi saya.. awak tak ajak sebb nak saya struggle dlm class? woah,, saya tahu awak sangat" 'sayang' saya.
Dah kalau macam tu yang awak fikir , apa saya boleh buat :)
Bila awak sedarkan saya tentang moment awak menangis . Okay . At this point , saya sedar sesedarnya saya . Saya lupa apa yang pernah papa saya cakap masa papa saya nampak awak menangis , 'tulah kawan sejati '. Okay , saya ingat office saya ingat moment awak menagis mengadap papan kenyataan . Habis disitu.Kelip mata .
 
'Menyesal aku kenal kau kawan .' . Ingat lagi ? Ayat nilah buat saya teragak agak nak pujuk awak . Ayat nie sampai sekarang tersekat kat benak nie . Takleh nak hadam . Sepatutnya saya lupakan .Tapi semacam sukar. Saya bimbang kalau awak menyesal lagi lagi dan lagi . Saya tak jamin saya boleh buat awak happy . Dan saya tengok awak happy je dengan yang lain . Haritu , saya nampak awak menangis lepas kene marah dengan Madam , tipulah kalau saya cakap saya tak kesian . Kalau boleh . jujur nie saya nak pegi tenangkan awak , tapi mana boleh . Masa tu awak tengah marah kat saya . So , saya tengok dari jauh and doa jela . Nasib ada Aya and Faqie yang bagi awak ketawa masa tu . Lega saya rasa awak ketawa dalam makmal BIO . Saya tahu tu ketawa fake .

i dont know, mmm, i love you as a friend. i love you from a distance. whether we are together or we dont, i'll still love you.. even though i had always dreamed to come back to the moment when we're together, never once i believed that it would ever happen again. for real. if this suppose to end, then i'd still treat our memories as a gift from God. a memory with you cannot be traded. God gave me the chance, answering my prayer, letting me paint it in rainbow colours.. but,, a happy you, mmm. a happy you is more than enough for me. whichever way you choose to be happy.. I will accept. were you bored?  i'm sorry,, terribly sorry.. i wont do this in the future.

 Macam apa yang awak tulis . Saya pun harap macam tu :) 



Boleh buat muka macam nie lagi ? 
I'm so sorry . Harapnya kita pun merdeka harini . Bersahabat bukan untuk dunia saja untuk akhirat sekali :)

Thanks for reading . Stay Blessed :3

Thursday, August 29, 2013

Sahabat Sejati Katanya .

2 comments:
Bismillahirrahmanirrahim :)
Assalamualaikum .


Lately , semakin banyak pulak masalah . Masalah yang tak pernah nak timbul pulak tiba tiba boleh ada time hati nie nak start bersenang senang . Astagfirullah . Mengeluh . Suka sangat manusia mengeluh . Dalam dua tiga hari nie , ada problem dgn sorang my friend . Macam besar jugak luka masalah kali nie until Fifa rasa macam putus asa . Look , actually awak silap faham . 
First problem is JEALOUSY . Tak sangka pulak A boleh jeles dgn S . Katanya S rampas kawan kawan A . Bagi Fifa , mana ada rampas rampas or pilih kasih nie . Kita kawan lah sama sama . And for me , Fifa lebih open . Tak kisah nak kawan dengan sape sape pun . Kalau A tegur , Fifa jawab , Kalau S tegur pun Fifa layan sama . Sape sape yang pernah cakap dgn Fifa , i consider dorang best friends Fifa. Tak pandang rupa , tapi pandang perangai .. Dalam situasi nie , terbukti kata orang , cemburu itu boleh buat kita hilang kawan . 
Kedua , LOYALTY . Serius , i'm not a loyal friend . Mudah bosan dgn sesuatu . Fahamlah saya . Saya tak boleh stick pada seseorang . Saya perlu ramai . Saya tak kisah orang tak setia dengan saya sbb saya faham . Mungkin orang tu dah bosan dgn saya . Saya tak boleh nak marah dia . Biarlah dia asalkan dia happy . Saya dah cukup happy sangat . Saya tak pernah halang kawan saya dari berkawan dengan orang lain . betul . Tak kisah . Tak tipu . Bukan dia sorang kawan saya , ramai lagi orang lain . Tapi , saya tak suka orang mempersoalkan kenapa saya tak setia kalau dia sendiri yang tak setia ! 

Ketiga , DIPINGGIRKAN . Benda nie mungkin nampak jelas mase meeting PRS haritu . Bukan nak pinggirkan awak . Tapi saya sendiri rasa better awak dalam kelas . Pegi belajar daripada dok dlm bilik Kaunseling and tak buat apa apa! . Even Alya yang mula mula datang , tapi lepas tu dia takde keje nak buat, kami suruh masuk kelas . Pi belajar . Better daripada dok gelak gelak kat dalam situ . Masuk masuk kelas tengok awak dah merajuk . Then awak cakap S yang tak ajak awak buat keje skali . Dia tak bertanggungjwab pun dlm hal ni . Saya yang bertanggungjawab . Saya yang tak ajak awak sbb saya nak suruh awak belajar dalam kelas . Siasat sebelum cakap sapa yang salah .FAHAM ? 

Keempat , HATI . Bukan untuk awak sorang tapi untuk semua . Selama kita berkawan , saya cuba jaga hati awak semua tapi adalah sometimes saya terlepas pandang . Sorry . Salah saya . Saya tak perfect . Lansung tak dan tak . Tapi pandanglah saya sebagai manusia , saya ada hati yang saya perlu jaga . Selama nie saya cuba tahan sakit hati saya nie daripada diluahkan sebab saya takut saya hilang awak semua . Saya takut saya jadi beban awak semua and buat korang susah hati dengan masalah saya . Senyum .
 Awak , satu je . Awak kena belajar minta maaf . Rendahkan ego awak . Minta maaf bukan sesuatu yang salah . Saya faham perangai awak yang satu nie . Tapi sampai bila awak nak macam nie ? Allah cintakan orang yang suka minta maaf and mudah memaafkan orang . Syurga tempat dia .

So , dah berhari hari otak dan hati saya saling berperang , saya mohon maaf kat awak semua especially A . Apa yang saya cakap tak semestinya betul . Saya mendambakan sebuah persahabatan yang diredhai Allah . Bersshabat kerana Allah .Amin :) Saya sayang awak semua ! Sengih dalam air mata .



Thanks for reading . Stay Blessed :3

Monday, August 19, 2013

The Mess .

2 comments:

 Assalamualaikum .
Bismilahirrahmanirrahim .

Bang ! Rasa macam kene tembak . Apa nie ? Nasihat dalam kutukan kah ? Damn . Actually , now Batch 97 and Batch 96 are having a fight . Semuanya start drpd tweet kat atas tu . Saling kutuk mengutuk . Dahla sehari sebelum raya . Sekarang raya pun sudahh , next week diorang dah nak exam . Tak rasa nak mintak maaf lagi ? Atau kamu mahu kami buat permohonan maaf mase assembly pagi . Biar satu sekolah tahu ?

Kami adik , junior kakak kakak and abang abang . Banyak lagi yg mungkin kamu semua tahu yang kami tak tahu . Kami perlu dibimbing bukan dikutuk macam nie . Mana hilang rasional kamu ? Kematangan kamu campak ke mana ?

Kamu rasa kami di anak emaskan ? Nahhhhhhhhhhhhh , KAMU OBVIOUSLY SILAP BESAR !  Setakat mana lah sangat layanan yang cikgu bagi kt kitaorang sampai kami dilabel anak emas . Heii , kita nie dilayan sama jelaa . Kamu semua tak tahu apa yang kami lalui , macam mana kamu boleh kata kami anak emas . Kami pun pernah kena kutuk kaw kaw dekat cikgu cikgu . Even kami rasa batch kami yang paling teruk sepanjang sekolah kita nie wujud .

 And dalam result PMR bukan batch kami yang terbaik . Terdahulu , batch batch korang jugak yang champion . Punyalah ramai dpt 9A .So , kat sini kami lansung tak rasa kami lebih baik dari kamu semua . Kami ni yang sedang sedang sajaa . *wahh !



And even ade kawan Fifa yang macam kecewa sbb Fifa tak sama sama saling bash membashing di twitter mase tu . Meh den nak explain . Bukan tak sakit hati , tapi sakit jugak . Tapi taklah sakit sangat . Macam kene gigit semut je . >< Mase tu Fifa tengah blur , mood nak raya tengah on . so , takmau lah bende cm nie rosakkan mood raya yang gilang gemilang mase tuu . Lagipun , perlu ke dilayan kata kata yang menjatuhkan yang mungkin ditweet tanpa pemikiran yang mendalam . Lagipun bukannya saya pandai nak bash orang . Stakat buat muka sposen pandai lah . -,- Bukan saya taknak perjuangkan batch kita , saya nak . Tapi bukan macam nie . Saya nak perjuangkan result kita biar lebih baik dri mereka . Rasional . Fikir itu .

Look forward , Fifa nak mintak maaf kat semua . Seniors or peers .









Thanks for reading . Stay Blessed :3

Friday, August 16, 2013

#REPOST : Konflik Mesir Untuk Dummies

No comments:
Assalamualaikum . 
Bismillahirrahmanirrahim :)


[Kredit]


Apabila saya ditanya di Pengicau, "Siapa as-Sisi?", saya tahu yang saya perlu menulis post ini.
 
Berdasarkan format 'Konflik Israel-Palestin Untuk Dummies' yang pernah ditulis suatu ketika dahulu, InshaAllah saya akan berkongsikan beberapa poin dan fakta penting yang berkaitan dengan krisis yang sedang berlaku di Mesir sekarang ini, untuk tatapan dan pengetahuan anda semua.
Of kos, tidak mungkin saya dapat menceritakan semua perkara dalam post ini. Makanya saya hanya akan memfokuskan kepada dua perkara sahaja buat masa ini:
  1. Fakta-fakta penting tentang pergolakan yang sedang berlaku
  2. Latar belakang sejarah yang signifikan terhadap krisis ini
Harapannya, selepas membaca post ini, dapatlah anda mengetahui sedikit-sebanyak gambaran yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku. Selepas itu, diharapkan anda dapat berkongsikan fakta-fakta yang benar kepada rakan-rakan, saudara-mara, jiran seberang rumah dan pakcik jual ikan yang datang setiap hari Rabu itu. Kerana masih ramai yang tidak tahu situasi sebenar yang berlaku di Mesir dan mengharapkan laporan-laporan berat sebelah media Malaysia yang sampah.
Dan sekiranya anda mahu tahu lebih lanjut lagi, bolehlah buat bacaan tambahan dan kajian sendiri. Nak tahu lebih lagi daripada tu, rasanya anda kena jadi wartawan buat liputan di sana. Wah!
 

Baiklah.
Batuk batuk. Betulkan kolar. Duduk tegak.


#Fakta 1
Mari kita lihat sejarah Mesir terlebih dahulu, supaya kita dapat lebih faham keadaan sosio-politik yang melatari pergolakan yang berlaku di Mesir pada hari ini.

Teringat pula cerita Aladdin. Heh, [Kredit]
Mesir sememangnya kaya dengan sejarah. Antara ketamadunan awal manusia yang menyaksikan terbinanya monumen-monumen hebat seperti piramid, patung Sphinx dan Obelisk. Dan juga tarian gelek. Eh. Mesir juga menjadi latar belakang kepada kisah Nabi Yusuf a.s. yang berakhir dengan kegembiraan selama-lamanya (Baca: Happily ever after) apabila baginda dilantik menjadi menteri yang menjaga perbendaharaan Mesir. Seperti yang kita sedia maklum, baginda akhirnya disatukan dengan ayahandanya, Nabi Yaakub a.s. dan juga adik-beradiknya yang lain. 

Mesir juga menjadi saksi kepada usaha-usaha dakwah Nabi Musa a.s. dan saudaranya, Nabi Harun a.s. terhadap Firaun laknatullah 'alaih. Kekejaman Firaun jelas dicatatkan di dalam al-Quran apabila dia mengarahkan pembunuhan semua bayi lelaki Bani Israil dan ahli-ahli sihirnya yang berpaling tadah. Firaun dan konco-konconya akhirnya ditenggelamkan oleh Allah di Laut Merah, sebelum dia sempat bertaubat. 

Munculnya wira agung bernama Saifuddin Qutuz mengalahkan tentera Tartar yang maha zalim juga berlaku di bumi Mesir. Salahuddin Ayyubi yang membebaskan kota Baitulmaqdis daripada cengkaman tentera-tentera Salibin juga berasal daripada tanah Mesir yang suci. 
Sayugia jelas, betapa signifikannya bumi Mesir sebagai bumi yang diberkahi bukan sahaja oleh para Anbiya', malah oleh perjuangan jihad menegakkan Islam. 


Fakta #2 
Penglibatan tentera dalam mencorakkan sejarah Mesir moden bukanlah sesuatu yang baharu. Raja Farouk, monarki terakhir dalam sejarah Mesir telah digulingkan oleh Muhammad Naguib dan Jamal Abdul Nassir, kedua-duanya merupakan pegawai tentera. Muhammad Naguib, yang kemudiannya menjadi Presiden pertama Mesir, digulingkan pula oleh Jamal Abdul Nassir setelah hanya setahun memerintah! Gelak keji.

Pemerintahan tentera ke atas Mesir disambung oleh Anwar Sadat yang kemudiannya mati dibunuh oleh para pegawai tenteranya sendiri pada tahun 1981. Anwar Sadat kemudiannya digantikan oleh Hosni Mubarak yang memerintah Mesir sehinggalah awal tahun 2011, apabila dia dijatuhkan menerusi Revolusi Musim Bunga rakyat Mesir. 

Sepanjang tempoh pemerintahan Jamal Abdul Nassir sehinggalah Hosni Mubarak, perintah darurat yang memberikan kuasa mutlak kepada pihak tentera dikuatkuasakan; kira-kira 44 tahun lamanya!

Gila. 


Konspirasi Naguib dan Jamal. [Kredit]

Fakta #3
Pergolakan yang sedang berlaku di Mesir pada hari ini adalah kesan langsung daripada rampasan kuasa oleh pihak tentera, yang diketuai oleh Jeneral Abdul Fatah as-Sisi ke atas Presiden Muhammad Mursi yang digulingkan pada 3 Julai 2013 yang lalu. Sebagai tindak balas, para penyokong Presiden Mursi mengadakan protes dan tunjuk perasaan secara aman di seluruh Mesir, namun fokusnya adalah di Kaherah (Cairo), Mesir.

Penggulingan Presiden Mursi dilihat oleh banyak pihak sebagai haram dan tidak sah, sementelah beliau telah memenangi pilihan raya Mesir secara adil dan saksama, apabila memperoleh lebih 51% daripada undi rakyat Mesir. Ironinya, mereka yang mengadakan demostrasi untuk menjatuhkan Presiden Mursi adalah mereka yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang demokrasi.

Ironi makaroni.


Fakta #4
Bercakap tentang pilihan raya parlimen Mesir yang buat julung-julung kalinya diadakan secara telus dan adil apabila hampir-hampir tiada penglibatan pihak tentera dan penipuan oleh pihak pemerintah, parti Al-Hurriyah wal 'Adalah (Freedom and Justice Party) yang merupakan sayap politik kepada Ikhwanul Muslimin, telah menang besar apabila memperoleh 37.5% daripada jumlah undi, diikuti oleh Parti Salafi an-Nur (27.8%) dan Parti al-Wafd (9.2%). Kedua-dua FJP dan an-Nur merupakan parti yang berasaskan ideologi Islami; maka secara tidak langsung parlimen Mesir telah didominasi oleh mereka yang mahu memperjuangkan Islam. Hal ini jelas memberi ancaman kepada golongan liberal di Mesir.
Parti al-Hurriyyah wal 'Adalah (Kebebasan dan Keadilan) [Kredit]
Pada mulanya FJP tidak berhasrat untuk menghantar wakil bagi bertanding jawatan Presiden, kerana bukan itu yang mereka mahukan. Namun setelah melihat mudharat andai mereka tidak bertanding, dan maslahat yang lebih besar yang perlu dipertahankan, mereka memutuskan untuk menghantar Khairat Shatir untuk bertanding jawatan tersebut.

Namun atas masalah teknikal yang saya kira remeh dan kecil, penamaan Khairat Shatir sebagai calon Presiden terpaksa dibatalkan. Muhammad Mursi yang ketika itu merupakan Presiden FJP telah dihantar sebagai pengganti. Beliau menang dalam pilihan raya Presiden tersebut secara rasminya pada 24 Jun 2012 dan menjadi Presiden Mesir pertama yang dilantik secara undian demokrasi.


Fakta #5
Pakcik Baradei [Kredit]
Antara  yang mendalangi demonstrasi dan tunjuk perasaan yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Presiden Mursi termasuklah Muhammad el-Baradei, Amr Moussa, Hamdeen Sabahi dan Hisham Bastawisy, hampir kesemuanya calon yang kalah dalam pilihan raya Presiden Mesir. Nah, anda sudah nampak permainannya di situ..?  

Terdapat dakwaan daripada Ikhwanul Muslimin betapa el-Baradei dan konco-konconya bersekongkol dengan kerajaan Zionis Israel dan Amerika Syarikat dalam merencana kekacauan dan haru-biru di Mesir, sehingga akhirnya membawa kepada penggulingan Presiden Mursi.
El-Baradei telah dilantik sebagai Naib Presiden baru bagi kerajaan sementara Mesir; itu pon setelah dibantah oleh ramai pihak kerana tidak bersetuju dengan cadangan untuk melantiknya sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Terbaru, El-Baradei telah pon meletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden kerana tidak bersetuju dengan tindakan tentera Mesir membunuh para penunjuk perasaan di Medan Rabaah dan kawasan sekitarnya. 
Hey Pakcik el-Baradei, itu tetap tetap tidak dapat membersihkan tanganmu daripada darah rakyat Mesir, tahu...??


Fakta #6
Telah terkantoi penglibatan Amerika Syarikat, Israel dan musuh-musuh Islam yang lainnya dalam merencana kejatuhan Presiden Mursi dan penguasaan FJP dalam parlimen Mesir. 

Pergerakan Tamarrud, yakni nama yang diberikan kepada para penunjuk perasaan penentang Presiden Mursi telah terbukti menerima pembiayaan daripada Amerika Syarikat. Pengkantoian ini ada dilaporkan di al-Jazeera.

Antara tindakan pertama yang dilakukan oleh kerajaan sementara pimpinan Presiden Adly Mansour adalah dengan menutup sempadan Rafah, yang sebelum ini telah dibuka oleh Presiden Mursi. Sempadan ini menjadi penghubung penting rakyat Palestin dalam mendapatkan bekalan asasi harian. Penutupan ini jelas memperlihat persengkokolan yang berlaku antara Israel dan kerajaan Mesir yang baru.

Amerika dan Israel pejuang demokrasi tulen..? Puiiii!

Fakta #7
Negara-negara Arab juga ada yang terlibat dalam konspirasi jijik menjatuhkan Presiden Mursi. Sebaik sahaja Adly Mansour dilantik sebagai Presiden baru bagi kerajaan sementara Mesir, Arab Saudi adalah antara negara yang terawal yang menghantar perucapan tahniah.

Arab Saudi, Kuwait dan Emiriyah Arab Bersatu masing-masing menyalurkan bantuan kewangan bernilai bilionan dolar Amerika usai kudeta yang menjatuhkan Presiden Mursi. Negara-negara ini sememangnya terkenal memusuhi Ikhwanul Muslimin, kerana takutkan kepada ideologi yang dibawa oleh mereka. 

Sementara itu, dua negara yang paling lantang menyatakan bantahan dan protes mereka terhadap rampasa kuasa haram tersebut adalah Tunisia dan Turki. Presiden Turki, Reccep Tayyib Erdogan tidak mengiktiraf kerajaan sementara pimpinan Adly Mansour dan menuntut agar Presiden Mursi dibebaskan dan dikembalikan kepada kedudukannya yang asal. 


Fakta #8 
Pada 3 Julai 2013, Jeneral Abdul Fatah as-Sisi mengumumkan di televisyen nasional Mesir bahawa pihak tentera telah mengambil alih kuasa daripada Presiden Mursi kerana kegagalan beliau memenuhi beberapa tuntutan oleh pihak Tamarrud dan ultimatum yang telah diberikan oleh pihak tentera. Presiden Mursi telah dikenakan tahanan di suatu tempat rahsia yang sehingga kini tiada siapa tahu lokasi sebenarnya, melaikan pihak tentera. 

Siapa dia as-Sisi? Dia telah dilantik sendiri oleh Presiden Mursi untuk menggantikan Muhammad Hussein Tantawi sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera Mesir yang baharu. Dia dilihat sebagai moderat dengan pegangan agama yang kuat; calon yang paling sesuai untuk menggantikan rejim Mubarak yang lama. Siapa sangka, dialah yang menjadi dalang utama dalam menjatuhkan bos besarnya sendiri. 

Selepas melantik Adly Mansour sebagai Presiden bagi kerajaan sementara, as-Sisi melantik dirinya sendiri sebagai Menteri Pertahanan yang baru, selain jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Ceh.
As-Sisi! Berapa banyak darah yang telah hang tumpahkan..?? Hang jawablah depan Allah nanti! [Kredit]
Fakta #9
Apa/Siapa itu Ikhwanul Muslimin? 
Wah hang gila ka nak aku ceghita pasal IM dalam satu fakta...? Eh.


Ikhwanul Muslimin merupakan suatu pergerakan dakwah yang telah diasaskan oleh Hassan al-Banna pada tahun 1928, sebagai tindakan langsung daripada kejatuhan khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924. Sejarah pergerakan ini sangat panjang dan berwarna-warni; cukuplah saya merumuskan sejarah Mesir moden terlalu banyak dipengaruhi oleh pergerakan ini.

Perbalahan yang berlaku antara pihak tentera dan Ikhwanul Muslimin sememangnya diketahui umum. Ahli-ahli IM telah ditangkap, dihumban ke dalam penjara dan diseksa dalam jumlah yang pukal pada zaman Jamal Abdul Nassir, sehingga dianggarkan jutaan ahli IM ditangkap di seluruh Mesir. Ramai daripada mereka dibebaskan pada zaman Anwar Sadat, kemudian ditangkap dan sekali lagi dihumban ke dalam penjara ketika era Hosni Mubarak. Antara tokoh-tokoh besar IM yang mati di tangan pihak pemerintah diktator termasuklah Sayyid Qutb, Abdul Qadir Audah dan Syaikh al-Faraghli. 

Semenjak itu, IM diharamkan daripada bergiat aktif, apatah lagi dalam arena politik kerana pihak pemerintah melihat mereka sebagai ancaman besar. Namun ahli-ahli IM terus bergiat aktif dalam masyarakat dengan berselindung di sebalik nama persatuan atau badan yang lain.

Kepopularan dan pengaruh IM dalam kalangan masyarakat amat ketara apabila akhirnya mereka dibenarkan bertanding dalam pilihanraya Mesir usai kejatuhan Mubarak, mereka menang mudah di kebanyakan tempat terutamanya di kawasan luar bandar. Selain itu, kebangkitan rakyat menentang penggulingan Presiden Mursi yang melibatkan jutaan rakyat Mesir juga menggambarkan sokongan padu rakyat terhadap pergerakan yang hampir mencecah usia 100 tahun itu. 

Sehingga kini, IM memainkan peranan yang penting dan aktif dalam mencorakkan sosia- politik dan -ekonomi rakyat Mesir.


Fakta #10
[Kredit]
Pembunuhan beramai-ramai yang berlaku ke atas para penunjuk perasaan bermula semalam (14 Ogos 2013) apabila pihak tentera nekad untuk mengosongkan Medan Rabaah, Medan al-Nahda dan Medan Mustafa Mahmud di Giza daripada para penyokong letigimasi Presiden Mursi. Sebelum ini sudah pon berlaku persitiwa Subuh berdarah, apabila sebahagian penyokong Mursi ditembak oleh pembidik tepat ketika mereka sedang bersolat Subuh pada pagi 8 Julai 2013. Ini memang betul-betul syaitonirojim!

Namun masaker (Baca: Massacre) yang berlaku pada 14 Ogos lebih melampau dan zalim lagi. Bukan setakat rakyat dibunuh, masjid dibakar, mayat para syuhada' dibakar dan ada yang dilanggar oleh jentolak hidup-hidup! Jumlah kematian yang dicatatkan berbeza-beza mengikut sumber; tetapi angka kematian tertinggi yang dilaporkan adalah lebih daripada 2,200 nyawa. Hal ini jelas merupakan kezaliman melampau, apatah lagi di dilakukan oleh rakyat Mesir sendiri terhadap saudara-saudara mereka. Malah, ada yang menyifatkan tindakan pihak tentera yang didalangi oleh Amerika dan Israel ini, lebih dahsyat dan keji daripada pembunuhan Bashar al-Assad terhadap rakyatnya dan kezaliman kerajaan Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Tindakan mereka ini jelas melanggar semua nilai-nilai kemanusiaan yang ada.  

Reaksi dunia, seperti biasa dan sudah boleh dijangka, hanya mampu untuk mengutuk tindakan zalim as-Sisi dan anjing-anjingnya. Malah Amerika sendiri, yang tangan mereka jelas berlumur dengan kekotoran kerana terlibat sama dalam konspirasi menjatuhkan Mursi, mengutuk tindakan tentera ke atas rakyat Mesir. Pfffttt! 

Fakta #11
Perlu juga disebutkan di sini, apakah sebabnya Presiden Mursi digulingkan? Atau apakah alasan yang digunakan oleh golongan Tamarrud dan pihak tentera untuk menjatuhkan Presiden Mursi? 

Mereka mendakwa Presiden Mursi telah gagal dalam mengotakan janji-janjinya di awal pelantikannya sebagai Presiden Mesir. Presiden Mursi juga telah gagal memulihkan keadaan ekonomi Mesir yang runcing, di samping beberapa faktor politik, ekonomi dan sosial yang lain, termasuklah peluang pekerjaan, polis yang menzalimi para penunjuk perasaan dan sebagainya.
Itu adalah alasan yang mereka gunakan.

Hakikatnya, tidak munasabah untuk Presiden Mursi memulihkan sepenuhnya keadaan Mesir yang telah hampir binasa dan rosak dari pelbagai aspek pasca pemerintahan rejim Hosni Mubarak yang puluhan tahun lamanya itu, dalam masa setahun. Mursi memerlukan kayu sakti Harry Potter atau mantera serapah fuh kiri fuh kanan untuk menjadikan Mesir sebuah negara yang aman dan makmur dalam sekelip mata. 

Namun, dosa-dosa Presiden Mursi yang paling besar, yang benar-benar menyebabkan musuh-musuhnya tidak puas hati termasuklah:
  1.  Meningkatkan produktiviti gandum kepada 60% dari 20%
  2. Membangunkan kilang-kilang industri seperti elektronik, senjata dan kereta, yang memberi peluang pekerjaan dan mengurangkan pergantungan rakyat Mesir kepada import dari luar
  3. Memberi kebebasan kepada media, sehingga pada tahap mereka tanpa segan silu mencacinya hampir setiap hari. Namun beliau kool sahaja dan sabar menghadapinya (kalau zaman Mubarak dahulu konfem si editor dah kena humban masuk penjara!)
  4. Hafaz al-Quran dan selalu bersolat jemaah dan menjadi imam di masjid
  5. Tidak mahu tinggal di istana Presiden dan menolak untuk dilindungi oleh para pengawal peribadi
  6. Menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar, antaranya dengan membuka sempadan Rafah untuk kemudahan rakyat Palestin
  7. Membebaskan pemerintahan kerajaan Mesir dari cengkaman tentera
  8. ...dan lain-lain lagi.
Inilah faktor sebenar mengapa beliau dijatuhkan. Faktor sebenar mengapa Presiden Mursi digulingkan adalah kerana beliau membawa syiar Islam ke dalam pemerintahannya. Ia adil, saksama, amanah, bersih dan bijaksana. Mana mungkin taghut dan jahiliyyah boleh duduk diam dengan pemimpin sebegini rupa; jika mereka biarkan Mursi dan ikhwan terus membawa perubahan berteraskan Islam di Mesir, mereka tahu yang kegemilangan Islam pasti akan kembali semula. Maka mereka mula menanam makar-makar jahat dan keji, untuk menjatuhkan Mursi.  

Begitulah.
Nah, sekarang anda sudah tahu sedikit sebanyak bukan apa yang berlaku di Mesir? Seperti yang saya katakan di awal-awal tadi, post sependek ini tidak mungkin dapat memberikan kefahaman yang komprehensif terhadap pergolakan yang berlaku di Mesir. Namun saya kira, ia sekadar cukup makan dan tahap bawah hidung jugalah, untuk anda mendapat gambaran kasar terhadap apa yang berlaku.

Krisis yang sedang berlaku ini tidak wajar dipandang enteng oleh kita semua. Mesir adalah bumi barakah yang perlu dipertahankan. Ia adalah pintu masuk kepada pembebasan kota al-Quds. Tidak mustahil ia juga adalah titik awal kepada kemenangan Islam yang sudah terlalu hampir itu! 

Saya terlalu amat yakin, apa yang sedang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Mesir hanyalah sebahagian daripada ujian dan cubaan daripada Allah, untuk membersihkan sebarang unsur jahiliyyah dan taghut yang ada, sebelum Allah mengangkat mereka kepada darjat yang lebih tinggi. Apa yang sedang ikhwah dan akhawat kita lalui di Mesir, adalah trailer daripada Allah sebelum Dia mengurniakan kemenangan yang lebih agung!
Allahu Akbar! 

Kita di sini, teruskan menembak doa dan bermunajat untuk keselamatan dan kemenangan saudara-saudara kita di sana. Kongsikan dan sebarkan berita-berita dan fakta-fakta yang benar lagi sahih tentang apa yang berlaku. Didik masyarakat di sekitar kita untuk cakna dengan apa yang berlaku.

Kerana Mesir bukan hanya sebuah negara di Timur Tengah. Rakyat Mesir bukan hanya sekumpulan manusia yang bisa berbahasa Arab. Mesir bukan hanya sebuah negara yang menyimpan khazanah Firaun, Haman dan Qarun.

Tidak mustahil pergolakan di Mesir akan berlarutan dan berpanjangan sehingga membawa kepada peperangan saudara. Na'udzubillah. Sekiranya itu berlaku, ia bakal menjadi lebih teruk dan mengerikan daripada apa yang berlaku di Syria; sekurang-kurangnya di Syria jelas sekali ia adalah perbalahan antara puak Syiah dan Sunni, sedangkan apa yang berlaku di Mesir adalah saudara sesama pegangan dan aqidah. Geleng kepala. 
Derita sengsara dan air mata merek di sana, adalah milik kita jua! [Kredit]
Kalahnya Mesir, maka tewaslah kita. Tetapi menangnya Mesir, akan tersebar luaslah cahaya keagungan dan kemenangan Islam, inshaAllah! 

"Siapa yang membantu menyelesaikan kesulitan seorang mukmin dari sebuah kesulitan di antara berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan memudahkan salah satu kesulitan di antara berbagai kesulitannya pada hari kiamat.

[Hadith Riwayat Muslim, at-Tirmidzi dan lain-lain]
 
Jadi bagaimana? Kita masih terus mahu membuta, membisu dan memekakkan telinga? Sedangkan saudara-saudara kita terus dibantai, disembelih dan dibelasah taghut dan syaitan durjana..?

Silakan. Dan jangan lupa sediakan alasan untuk digunakan di hadapan Allah di Mahsyar nanti! Wahai!

-gabbana- 
Saya menerima permintaan untuk menyertakan sekali sumber rujukan kepada fakta-fakta yang saya kemukakan. Begini. Kebanyakan fakta yang saya kongsikan sama ada ia sememangnya sudah tersebar dan diketahui umum; maka amat mudah untuk anda mendapatkannya di internet atau hanya berdasarkan ingatan pembacaan saya sebelum ini.

InshaAllah, fakta-fakta yang saya kemukakan sahih dan benar; tiada sebab untuk saya berdusta dan memutarbelitkan fakta. Sungguh saya amat takut pada azab seksaNya. Namun sekiranya anda mendapati ada fakta-fakta yang meragukan atau tidak tepat, tolong perbetulkan dan tegur saya, agar hanya maklumat yang benar dan sahih sahaja yang dipaparkan.

Ada juga yang meminta agar artikel ini diterjemah ke dalam bahasa Inggeris. Jujur saya tidak punya kapasiti untuk berbuat demikian dalam masa ini. Saya amat mengalu-alukan sekiranya ada mana-mana pihak yang mahu menterjemahkannya ke dalam bahasa Inggeris. 

Alhamdulillah, maklum balas kepada artikel ini amat-amat memberansangkan. Sila sebarkan dan buat penambahbaikan sekiranya anda merasakan ia berfaedah untuk semua. Besar harapan saya agar ia dapat memberi manfaat kepada ummah dan memberi kesedaran kepada kita semua betapa masih banyak lagi kerja-kerja tarbiyah dan dakwah yang perlu kita lakukan. Sungguh kemenangan Islam itu sudah terlalu dekat; namun ia tidak akan datang bergolek tanpa kita sendiri mengorbankan harta, tenaga dan jiwa kita!
Moga Allah redha, biidznillah!

Thanks for reading . Stay Blessed :3

Monday, August 12, 2013

Jengkalifornia

No comments:
Assalamualaikum .
Bismillahirrahmanirrahim :)

Alhamdulillah . Just arrived from my grandma's house in Jengka 2 . A day or actually 17 hours spending time with the kids and my aunties,uncles over there was like a blink of an eye . Too short to talk and share our stories . But its okaylah . Duit raya pun truly GEMPAK
 
The moment tht i love the most is when mama was craving for coconut juice . By her own she got down to the lower land of nenek's house compound tht i consider it must be really dangerous to be down there . Using a long pole with a sharp kind of tool sort of sabitlike *i guess .HAHA . She got 6 young coconuts . Yeaaa ! Paksu took his task to cut off the coconuts . Ermmm . Meletops lah tengok gaya Paksu belah kelapa!
 
 
 In the very begining of our journey to Jengkaliforniaaaaaa !
 

 Chilling with kids in the morning on the stairways .


Iqbal and his ayah , Pak su :)

Iqbal , my cousin . He's really a great learner tht he could catch up things easily . The cutest moment when we played buaian .When the buaian swang up high his blabbermouth shut all of sudden ! He scared ! Iqbal called me Kakak Tudung Merah and Fifi was called Kakak Tudung Biru . I miss him so much and icha and taufiq as well . Wondering , when it'll be to get this chance again . 

Thanks for reading . Stay Blessed :3

Friday, August 9, 2013

The Nonexistent 2nd Day of Eid

1 comment:

Assalamualaikum.
Dissapointedkan bila something yang kita expect akan jadi pada hari tu lansung tak jadi . *manje je kau nie. tampar kang * Entahlah . Fifa sendiri tak pasti . Betul ke nie aku . Atau hasutan setan setan yang mula bermaharajalela kelmarin . *pandai salahkn setan pulak * Act , harinie mama keje petang . So tht means takde chance la nak gi raye rumah sape sape . terperap dalam rumah sajalaa . Pagi pagi lagi kene marah . DAMN .rasa nakk meletops je !

Check Timeline FB and Twitter semua pasal diorg pegi raye rumah tuu rumah niee . Best ohh .Meriah jee ! Nak macam tu jugakk ! Nak tengok tv takleh . Terhalang dek kehadiran seseorang yang bukan my muhrim so i need to cover my aurah in front of him . Malas nak kene cover takleh duduk ganas ganas . So jawabnye kene lepak jelaa dalam bilik eden . T-T Surammm beb suramm .

Petang tuhh dapat messages n missed calls from idham and asyraf , Asking if they could come Beraye at my house . Then i told papa tht my friends'll come sooner . Papa ckp okaylah . Tunggu punya tunggu . Dah pukul 7 malam . Aikk . Takkn xsampai lgi kott . Lastly , i made a call . Laaaaa . Depa salah rumah . Depa ingat rumah Fifa dekat Chengal . Padahal rumah yg diorg pegii tu rumah mak sedara Fifa . Nak suruh dorang dtg esok , esok kitorg dah nak balik Pahang .Lain harilah dtg beraya sini plakk . Lorrh , Raya kan sebulan .

I'm hoping for a better eid tomorrow . Layan Patah Hati by Hafiz Suip .

Thanks for reading . Stay Blessed :3

Tuesday, August 6, 2013

Ramadhan Dont Leave Me

No comments:
Assalamualaikum :)
Bismillahirrahmanirrahim .

Khamis nie dah raya . K . Takde feel nak raya sangat . Malaslah nak fikir pasal raya . Nak cakap pasal Ramadhan jelah . Erm . Ramadhan kali nie adalah Ramadhan paling bermakna dalam hidup Fifa . Kenape macam tu ? 

Tahun nie , dalam bulan Ramadhan i've learnt alot of thing . Rather than my past years of fasting , kali nie lebih baik . Alhamdulillah . Kalau tahun lepas minima sangat sangat ibadahnya . Kali ini berkat perubahan yang Fifi bawa menularlah semangat nak jadikan Ramadhan kali nie lebih baik . Alhamdulillah . InsyaAllah . 

*Selamat Hari Raya Aidilfiti :* Maaf zahir dan batin :)

Thanks for reading . Stay Blessed :3