Thursday, September 19, 2013

Baca Jiwa Orang

No comments:
Assalamualaikum .
Bismillahirrahmanirrahim :)


Alhamdulillah . Kenyang and puas dapat melantak meehun tomyam tadi . Dah seminggu mengidam . Lupakan pasal makan . Jom kita baca jiwa orang . Heii , korang . Apasal buat muka blur nie ? Jomlah baca jiwa orang . 



Okay okay . Fifa mengarut . Actually , jom kita baca buku Jiwa Kacau nie . Buku nie unik . Cara jumpa dia macam 'gempak' . Okay . Jom nak cerita . 

First , masa tu masa B.Melayu . Cikgu suruh masuk library , boring boring tak tahu nk baca apa dalam tu , Fifa selongkar rak buku cari buku puisi . Last last jumpa buku nie . Fifa terperasan kewujudan buku nie sebab tertengok gambar baldi tuu jaa . ' wow , baldi . baldi lama pulak tu . Ada apa dengan Baldi ?' . 

Baca description buku tu . Ditulis oleh mamat mamat and minah minah weblog . Insteresting . Bukak buku , tengok ada cerita , ada puisi kat dalam tu . Terus Fifa lompat pegi dekat Atik . Teruja . Atik bukak buku tu and baca sikit dia punya kata pengantar yang misteri mungkin . Kata kata daripada Saharil Hasrin Sanin yang dalam maksud dia sampai terjerit jerit kitaorang baca .Tak sanggup nak cakap kat sini. Katanya, dia jadi buta lepas  baca manuskrip buku ni . Aihh , buku nie makan mata dia ke ? 

Atik dah tunjuk minat kat buku ni .Kata dia buku ni ada sesuatu . Terus dia pi pinjam buku . Jujur . First time dalam hidup Fifa , Fifa tengok Atik pinjam buku kat library . Mimpikahhh ?! 

Dua tiga hari lepas Atik baca , turn Fifa plak baca . Okay . I admit , rasa legend dapat baca buku lama yang dah rabak . LEGEND !  Tapi tapi tapi . Macamana buku macam nie yang rasanya hanya orang dewasa je yang boleh baca boleh terlepas dalm Library sekolah. Bukan apa , buku ni best . Banyak pedoman , teladan daripada kisah hidup penulis penulis blog . Idea idea bernas yang kta sendiri tak pernah nak fikir pun banyak dlm buku nie . Bahasa dia pun tinggi . Standard sastera . Cuma ada part part yang tak patut kot . Sesuai orang dewasa ja baca .

Apapun , next week dah nak hanta buku nie . Kepada yang nak cari buku nie , Fifa letak dekat rak sebelah kanan ehh . Selamat maju jaya . 
 

Nota Ibu Jari Kaki : Belanja Fifa baju 63  nie pleaseeee !



Thanks for reading . Stay Blessed :3

Monday, September 16, 2013

Didik Adik .

No comments:
Assalamualaikum :)
Bismillahirrahmanirrahim .


Adik gadoh ngan kakak , abang gaduh dengan adik . Hmpppph ... Dah selalu . Ade je yang nak digaduhkan. Dari kes yang sekecik kecik semut sampailah yang sebosar bosar alam . woahh . Metafora disitu .Dulu pun Fifa selalu gaduh . Masa keciklaa . Dah besar pun pernah cuma tak selalu .

Ada kengkawan yang cakap macam nie . 

" Awak takpelah Fifa ada adik adik yang dengar kata . Tak macam adik saya , nakal sangat."
Actually , alhamdulillah . Bersyukur dapat adik adik yang baik . Tapi kadang kadang ada jugak kitaorang bertikam lidah . Dan semua tu kita tak boleh nak salahkan adik . Mungkin salah kita sendiri jugak . Kita tak bagi contoh yang baik ke ?

Bagi Fifa , perangai kita sendiri yang sebenarnya dapat lenturkan hati adik adik . Percayalah . Benda yang paling penting is jangan pernah cakap harsh words depan adik adik . Sebab apa ? Sebab bila kita gaduh , dia akan guna balik perkataan tu pada kita . Then , kita mestilah semakin marah kan ?

Ramai yang cakap , Fifa kau ni terlalu baik dengan adik adik , sebab tu diorang berani pijak kepala kau . Sorry yang teramat sorry . Saya lansung tak terima . Tak masuk akal . Fifa sendiri perhatikan benda nie . Bezakan satu keluarga yang kakaknya kerja dia asyik marah adik , pukul pukul . Tengok adik dia macam mana ? Memanglah adik dia akan balas balik and maybe lebih agresif .Then , cuba tengok family yang kakak dia layan adik dengan baik . Takkan adik dia sengaja nak cari pasal . Kan ?

Lagipun , kita sebagai kakak/abang kenalah banyak bersabar dan mengalah . Budak budak je pun .Bila hubungan adik dan kakak bertambah baik so senanglah kita nak ajak diorang buat benda benda baik . Ajak diorang solat and so on .

 So korang , jadilah contoh yang baik untuk diorang yang masih terlalu innocent dannn comellll ! ><


Thanks for reading . Stay Blessed :3

Puisi#2:Wawasan Jalanan

No comments:
Bismillahirrahmanirrahim :)
Assalamualaikum .
 



Sosok berjambang berdiri
Megah mendeklamasikan puisi akalnya
Namun , toleh ke kiri
Kenapa tiada pentasnya ?
Kemana telinga yang lain ?

Lalu aku buka sila
Di atas tong kemek dasar 
Setia menyumbang pendengaran
Pada bait jeritan fikirannya.
 
Indah, terpesona
Mungkin tergamam
Lukisan berupa puisi
Ideologi hadapan
 
Kerna sangkaku di jalan ini 
Hanya ada homosapien yang fokusnya wang sahaja
Rupanya masih berakar umbi 
Manusia hebatnya persis sang cedekiawan .

Mungkin ,
Ini wawasan jalanan .
 
 
PEMEGANG PENA
Anis Afifa Norbasudi :)
 

Thanks for reading . Stay Blessed :3

Monday, September 9, 2013

Puisi;Langit Pantai

2 comments:
Assalamualaikum ,
Bismillahirrahmanirrahim :)
 

Berkabut juga rindu ini buat kamu
Sepi terlindung di balik tembok hitam
Entah mengapa sejak akhir ini
Ia meronta untuk keluar

Lalu hujan turun
Saatnya langit cuba menterjemah air mata 
Dalam rantau penantian ini aku hidup
Sendirian; martil sepi mengetuk diri

Tiada perlu prakata, mahupun protokol
Biar terus pada isi yang nyata
Layar ini aku platunnya

Tepis saja tangan yang lain
Sambut aku punya
Lalu kita pergi lihat
Indahnya langit pantai
Ketika sang matahari mulai malu .

-anisafifanorbasudi-

P/S: Dah lama tak tulis sajak .Last masa darjah 6 . Rindu zaman sastera tu dulu :)

Thanks for reading . Stay Blessed :3