Wednesday, January 15, 2014

Mata Yang Diredhai

No comments:
Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim .

Baiklah baiklah baiklah . Harini Fifa nak cerite sikit pasal impian yang terbesar dalam hidup Fifa . Bukan calang calang impian . Impian yang paling susah nak digapai mungkin atau hampir hampir mustahil bagi hambaNya yang sehina ini . Ok .

Actually , impian yang satu itu adalah untuk jadi Ainul Mardhiah . Siapa Ainul Mardhiah ? Kan Fifa dah ada nama sendiri ? Nak tukar nama ko ? Dok aihhh . *kasi feel sikit bukak lagu Ainul Mardhiah-UNIC. please dengar !



Ini kisah Ainul Mardhiah .


‘Ainul Mardhiah’ merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan Ramadhan) ketika Rasulullah SAW memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan para Sahabat untuk berjihad pada agama Allah) Baginda berkata: ” Sesiapa yang keluar di jalan Allah, kemudian tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari Syurga.

Mendengar berita itu salah seorang Sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi beliau malu hendak bertanya kepada Nabi kerana kehadiran para sahabat-sahabat yang lain. Namun beliau tetap menyerahkan namanya sebagai salah seorang yang akan keluar berjihad. Sebelum Zohor Sunnah Nabi akan tidur sebentar (disebut juga sebagail Qailullah) maka sahabat yang muda tadi juga turut tidur bersama jemaah tadi. 

Dalam tidur tersebut Sahabat yang muda tadi bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu dia bertanya, “Di manakah saya berada sekarang?” Lalu lelaki itu menjawab, ” inilah Syurga.”
Pemuda tadi menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah, lalu dia ditunjukkan untuk menuju ke suatu arah. Beliau pun berjalan hingga bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati kehadiran seorang wanita yang amat cantik, belum pernah dia melihat kecantikan sebegitu di dunia ini.
Dia memberi ucapan salam kepada wanita tadi dan bertanya,” Adakah saudari Ainul Mardhiah?
Wanita itu menjawab, ” ehh tidak, saya adalah khadamnya, Ainul Mardhiah sedang berada di dalam singgahsana sana”.

Lalu dia berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yang cukup indah, di sana dia mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.

Pemuda itu memberi salam, kemudian bertanya, “Adakah saudari ini Ainul Mardiah?”
Wanita itu menjawab, ” Maaf, saya bukan Ainul Mardhiah, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana.”

Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya amat mengkagumkan. Akhirnya dia sampai ke satu mahligai dan dia bertemu seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang tak pernah dilihatnya di dunia ini. Wanita itu berkata, ” Sayalah Ainul Mardhiah, saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan untuk saya. Bila pemuda itu mendekatinya wanita itu menjawab, ” Eh, tunggu dulu, saudara belum syahid lagi!”.

Pemuda itu tersentak dan terus terjaga dari tidurnya. Kemudian dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu dia berpesan agar tidak menceritakan mimpinya ini kepada Nabi SAW. Andainya dia syahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi SAW.

Petang itu pemuda itu ikut serta keluar berperang bersama Rasulullah SAW dan pasukan tentera Islam, ditakdirkan pemuda itu syahid. Setelah hampir waktu berbuka puasa semua jemaah pulang ke masjid, mereka bersama-sama menunggu makanan untuk berbuka. Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat Nabi yang syahid tadi. Rasulullah SAW mengucapkan benar…benar…benar… dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya Rasululah SAW berkata ” Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di Syurga.

Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan . 
# Surah ar-Rahman (55) : 58
 

Di dalam syurga - syurga itu ada bidadari - bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik . 

Surah ar-Rahman (55) : 70

(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah .

# Surah ar-Rahman (55) : 72


Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin .

# Surah ar-Rahman (55) : 74


Jadi layak ke Anis Afifa Norbasudi menjadi Ainul Mardhiah ? I always cry whenever I think bout Ainul Mardhiah . Layak ke ?

 Ya Allah , jadikanlah aku hambaMu yang solehah . Menjadi hamba kesayanganMu . Yang mampu membahagiakan orang disekelilingnya . Yang mampu menghadiahkan mahkota dan pakaian paling mulia buat papa mama nya di akhirat kelak . Aamin :)

p/s : haaa . To my dearest senior . Tq Kak Leen sebab selalu visit blog ni ! May Allah bless u .


Thanks for reading . Stay Blessed :3

Thursday, January 2, 2014

Selamat Ulangtahun Jadi Pengantin Mama Papa :D

No comments:
Assalamualaikum 
Bismillahirrahmanirrahim :)


Di renjis renjis di pilis 
Di tepungi lah tawar
Hai beras kunyit di tabur
Disiram si air mawar
 
 Syukurr Allah . Dah 17 Tahun Papa Mama Berumah Tangga . Panjang Jodoh . Alhamdulillah :) I'm so happy . Feeling blessed to have both of you . Thank you for everything both of u did to us , ur children . 
 
 
K . Ingat lagi , lepas dinner mesti Fifa & Fifi ambik kesempatan korek cerita pasal zaman zaman mama papa mase  sebelum kahwin dulu . Wuu . Sweet sangat MasyaAllah . I salute the way my parents handle their marriage life . I can tell you that they never fight each other . Tak pernah Fifa tengok papa mama bergaduh . Betul tak tipu ! Mama papa tak pernah tinggikan suara antara satu sama lain . When I asked mama , " ma , why arr papa mama tak pernah gaduh ? Kawan kawan selalu cerita pasal parents diorang gado gado ". Mama jawab " Ntohle . Tak dek benda yang nak digaduhkan . Evrything is just fine " . They respect each other . Syukran Allah for this blessings ! Great mom & dad . 
 
 
They are the most sporting people in my life . Mama papa , kadang kadang orang paling handal buat lawak . Dulu dulu mase kecik , selalu main teka teki dalam kereta , Nyanyi lagu Balik Kampung mase balik rumah nenek .Mama Papa are the greatest companion of mine . 


Once , I ever wrote in a note/diary .

Ya , memang mustahil aku boleh jumpa orang seikhlas mama papa . Secomel layanan mereka terhdap aku . Seluruh isi dunia pun masih tak mampu untuk buat aku bahagia seperti mereka buat . Terlalu murni . Saat ini aku bersyukur Allah :) Tolong jaga mereka sebaiknya .


Thanks for reading . Stay Blessed :3

Wednesday, January 1, 2014

I love this path .

No comments:

Assalamualaikum . 
Harini first day of 2014 & first day of a havoc life at school . So , Happy New Year :) 
Quite sedih sebab most of my BFF kena turun kelas . So this year kelas SUNYI ! 

A scene happened; 

Qema : Ehh , Fifa tok kecek lagi ngan aku harini . 
Me     : *Senyap & sengih .
Qema : Hah . Tu tak kecek lagi tu .
Me     : Err . Hijrah .

Ahh . Lepas sebut perkataan HIJRAH badan terus rasa panas . Betul ke ape aku cakap tadi ? Betul ke aku Hijrah ? Balik tempat duduk . Ya Allah , semoga orang faham . To please Allah , i need to displease people somehow . I'm still looking for strength . Ya Allah , Allah , Allah . Hijrah itu mudah . Tapi untuk istiqamah tu susah . Itu yang Fifa takut . Mampu ke aku istiqamah ? 

Back then , I still remember a night .I was searching a nasyeed to be heard on Youtube .Then ,  I downloaded a nasyeed song entitle Damba Kasih by Inteam into my handphone .I didnt know how . I couldnt sleep tht night padahal orang lain semua dah krohhh krohhh . So , ambik earphone dgr lagu tu . Faham fahamkan lirik dia . Perghhhhhhhh . Menangis tak terkata . Rasa lemah . Rasa berdosa . Rasa macam malam tu hanya Allah saja yang melekat dalam hati . Kenape aku selalu lupa Allah , tapi Allah tak pernah lupa aku ? Siapa nak jamin aku masuk syurga kalau bukan diri sendiri ? Siapa nak jamin ibu bapa aku , adik beradik aku kalau bukan aku kat akhirat nanti ? Siapa ? Macamana aku kalau dah mati nanti ? Fifa just taknak jadi penghalang orang yang bertanggungjawab terhadap Fifa untuk masuk syurga disebabkan kesalahan & kejahilan Fifa . Allah...

So malam tu nekad , I need to change . Alhamdulillah , sebelum ni Fifi(my twin) dah memang suruh Fifa pakai stoking kaki and stoking tangan . Katanya ' Kerelaan pada sesuatu yang wajib itu terkadang bermula dari suatu paksaan ' :')  Jadi takdelah rase macam kejutan budaya untuk cover kaki yang sebelum ni Fifa ingat bukanlaa aurat . Jahilnya , Allahh.. Mula mula pakai dulu rasa macam perluke pakai ni , perlu ke pakai tu ? 

Bila kita mencintai Allah , maka hilang rasa kebergantungan terhadap manusia . Nafsu seolah olah lemah . Dan yang paling membahagiakan, hilang rasa untuk menarik perhatian mana mana lelaki kerana hati ni leka untuk menarik perhatian cinta Ilahi . Manisnyaaaa Ya Allah ! 


Teringat pulak dekat arwah As-Syahid Ammar Azzam . Kematiannya adalah satu kematian yang membangunkan jiwa jiwa yang leka .Macam tu jugaklah impian hambaNya yang sorang ni , Mahu kematiannya menjadi satu medium untuk menyedarkan Muslimim & Muslimat tentang Allah Yang Esa .

Maka , harini & esok esoknya . Aku perlu berjuang untuk istiqamah .

Ya Allah , janganlah kau bolak balikkan hati ini setelah kau berikan hidayah kepada pemilik hati ini :) Amin .





Thanks for reading . Stay Blessed :3