Thursday, January 8, 2015

puisi#5;SI NINJA DEEN


Dari yang ketat sendat di hujung sana
Aku lebih suka yang persis ninja di hujung situ
Sepi dia tunduk
Menelaah bai bait Tuhan 

Seketika itu aku memerhati 
Mestikanya dia
Tertutup litup sampai yang terlihat hanya 
panahan sayup kolam mata 

Dirinya bermutan
Berninja tatkala yang lain masih leka
Menutup apa yang disuruh
Dari hujung mahkota rambutnya
Ke hujung jejak
Semuanya kerana Tuhan

Tatkala dia dihunus 
Pandangan tajam si jahiliah
Yang menyangka dia teroris
Dia masih mampu berdiri
Lantas membunuh pemikiran pidana itu
Dengan senyuman yang menguntum
Di kirana matanya

Justeru dia sedar
Dia nukan Khadijah
Bukan secantik Aisyah
Tidak semulia Fatimah
Bahkan kalah dengan kuatnya Zinnirah
Wanita wanita dambaan firdausi
Lalu menjadi uswah pegangannya

"Aku membeli kesusahan di dunia ini, 
Untuk menggenggam kebahagiaan di dunia sana "

Damailah bidadari dunia
Teruslah bermutan melawan sinis manusia jengkel

ANISAFIFANORBASUDI

 p/s : Dah lama tulis puisi ni , masa form 5 sebab ada pertandingan puisi . Submit kat cikgu then tak pasti dapat nombor berapa . Yang pasti dapat hadiah kain tuala angry birds . Yang pasti kain tuala tu dah masyam sebab Amir buat lap badan lepas mandi dan Amir sukaaaaaaaaaakannya . Heeee :D 

Ninja . Menurut DBP ninja ni maksud dia orang yang dalam seni ninjutsu . Tapi tapi ninja kan warrior , dan niqabis tu kan pahlawan agama ! Ninja kan hebat , err cute , tangkas , bijak lagi ! Kannnnn ?

Assalamualaikum

Thanks for reading . Stay Blessed :3

No comments:

Post a Comment